Monday, August 13, 2012

Iftar WRS 11.8.2012/22 Ramadan 1433

WARGA RAUB SEJAHTERA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada kalian.Sudah lama saya tidak mengemaskini isi kandungan blog ini.

Pada 11 Ogos 2012/22 ramadan 1433,Warga Raub Sejahtera telah menganjurkan majlis berbuka puasa yang diadakan di Rumah Rehat Raub (Raub Resthouse FB).Pada sebelum ini ada dikalangan ahli WRS mengutarakan cadangan ini,lalu Pengasas/Admin WRS, Cik Puan Wan Juhaida merealisasikan impian ahli2 WRS yang ingin berbuka bersama ahli2 lain di sekitar Raub dan juga di luar daerah/negeri.

Terima kasih juga diucapkan kepada admin2 yang lain terutama admin senior,Dato Shamsuddin Nawawi yang menjadi emcee,menggamatkan suasana ruang lobi Rumah Rehat Raub.



Kisah utama yang ingin dikongsi bersama dengan rodong2 sekalian ialah mengenai kemenangan saya didalam undian cabutan bertuah.




Hamper utama di majlis Iftar WRS

Syukur kerana rezeki memenangi hadiah utama cabutan bertuah sepanjang anjuran WRS kali kedua.Adakah kerana lauk-pauk ketika berbuka sudah habis, saya mendapat hadiah ini sebagai ganti? Hanya Allah yg tahu.Tahniah juga kepada pemenang2 yang lain.Famili yang beruntung ialah famili En Zul Hilmi kerana beliau dan isteri masing2 mendapat 1 hamper.Suke la ek.. :-)

Walaupun juadah berbuka puasa saya mendapat lauk yang terhad,namun kualiti dan kepuasan menu sangat memuaskan.Untuk minuman sejuk seperti air sirap(ye ke?) dan Sirap bandung sangat sedap.Minuman panas juga enak.

Khabar terkini dari Wan JuhaidaWRS akan menganjurkan Majlis Jamuan AidilFitri WRS yang akan diadakan pada 15 September 2012(malam),sehari selepas tarikh hari lahirku.hehe..

Kata akhir,selamat maju jaya WRS.Aku buat yang terbaik.Buang yang keruh,ambil yang jernih.
Saya sebagai wakil Biro Teknologi Maklumat WRS (BTM) juga mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua yang menjayakan aktiviti WRS mahupun KWSRB.
Gambar pada 25.12.2011.
Majlis buat bubur asyura WRS.
Kali pertama Keh dapat hadioh utama cabutan bertuoh.
Dapat kipas meja.






No comments:

Post a Comment